SISTEM PERMOHONAN
RUMAH MAMPU MILIK KELANTAN


Syarat-Syarat Permohonan RMMK

  1. Warganegara, Umur & Status Perkahwinan

    Warganegara Malaysia berumur 18 tahun sehingga 50 tahun (Anak Kelantan) dan telah berkahwin.

  2. Pemohon Bujang

    Pemohon bujang (*bersyarat)

    *Bujang yang menanggung keluarga.

  3. Pemilikan Rumah

    Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.

  4. Pendapatan Isi Rumah

    Pendapatan isi rumah tidak kurang RM1,000.00 dan tidak melebihi RM6,500.00.

  5. Tempoh Sah Permohonan

    Tempoh sah laku permohonan adalah 5 tahun.

  6. Dokumen Pengenalan & Keluarga

    Setiap permohonan mestilah disertakan salinan kad pengenalan, surat nikah pemohon & pasangan, kad pengenalan @ surat beranak anak.

  7. Slip Gaji Pemohon & Pasangan

    Sila sertakan salinan slip gaji 3 bulan terkini pemohon & pasangan.

  8. Bekerja Sendiri / Berniaga

    Bagi bekerja sendiri / berniaga, sila sertakan penyata bank 6 bulan terkini dan pengesahan pendapatan pemohon & pasangan.

  9. Laporan CCRIS

    Permohonan perlu juga disertakan laporan CCRIS terkini. Maklumat lanjut berkenaan laporan CCRIS boleh hubungi AKPK : 09-747 6968.

Rujukan kelayakan

Takrif Anak Kelantan

Pemohon mestilah memahami dan menepati takrif Anak Kelantan sepertimana di bawah sebelum layak membuat permohonan.

Butiran takrif

01 - 05
  1. Kelahiran di Kelantan

    Seseorang yang lahir di Kelantan di mana bapa adalah orang Melayu.

  2. Keturunan ibu dan agama bapa

    Seseorang yang lahir di Kelantan, ibunya adalah orang Melayu dan bapanya beragama Islam.

  3. Kelahiran bapa di Kelantan

    Seseorang yang lahir di mana-mana yang mana bapanya seorang Melayu dan lahir di Kelantan.

  4. Tempoh bermastautin

    Seseorang yang lahir di mana-mana sahaja tetapi kedua ibubapa-nya orang Melayu dan bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.

  5. Kelahiran pemohon dan bapa

    Seseorang yang lahir di negeri Kelantan dan bapa-nya juga lahir di Kelantan.

LANGKAH-LANGKAH MEMOHON RMMK

Ikuti 6 langkah mudah di bawah untuk membuat permohonan anda

PROJEK RMMK YANG DITAWARKAN

Sila klik ke atas pautan Maklumat Lanjut untuk butiran projek yang bersesuaian dengan kelayakan anda.

Telah Ditutup

RMMK Meranti

Bilangan Unit 59 Unit
Jajahan Pasir Mas
Dibuka

RMMK Badang

Bilangan Unit 334 Unit
Jajahan Kota Bharu

Tarikh Kemaskini 12.11.2026