SISTEM PERMOHONAN
RUMAH MAMPU MILIK KELANTAN


Permohonan Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) kini dibuka secara atas talian.

Syarat Permohonan

  Syarat-syarat bagi permohonan RMMK


  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (Anak Kelantan) dan telah berkahwin.
  • Pemohon bujang (*bersyarat)
  • Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  • Pendapatan isi rumah tidak kurang RM1000.00 dan tidak melebihi RM6500.00.
  • Tempoh sah laku permohonan adalah 5 tahun.
  • Setiap permohonan mestilah disertakan salinan kad pengenalan, surat nikah pemohon & pasangan, kad pengenalan @ surat beranak anak.
  • Sila sertakan salinan slip gaji 3 bulan terkini pemohon & pasangan.
  • Bagi bekerja sendiri / berniaga, sila sertakan Penyata Bank 6 bulan terkini dan pengesahan pendapatan pemohon & pasangan.
  • Permohonan perlu juga disertakan laporan CCRIS terkini dan sebarang maklumat lanjut berkenaan laporan CCRIS boleh hubungi AKPK : 09-747 6968.
  • *Bujang yang menanggung keluarga.



  Takrif Anak Kelantan

( Pemohon mestilah memahami dan menepati takrif Anak Kelantan sepertimana di bawah sebelum layak membuat permohonan. )

  1. Seseorang yang lahir di Kelantan di mana Bapa adalah orang Melayu.
  2. Seseorang yang lahir di Kelantan, Ibunya adalah orang Melayu dan Bapanya beragama Islam.
  3. Seseorang yang lahir di mana-mana yang mana Bapanya seorang Melayu dan lahir di Kelantan.
  4. Seseorang yang lahir di mana-mana sahaja tetapi kedua Ibubapa-nya orang Melayu dan bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
  5. Seseorang yang lahir di negeri Kelantan dan Bapa-nya juga lahir di Kelantan.


Langkah-langkah memohon RMMK


Semak Nombor Kad Pengenalan

Daftar Pengguna

Log Masuk

Lengkapkan Borang Maklumat

Muat Naik Dokumen

Mohon Projek


  Muat Turun Panduan

PROJEK RMMK YANG DITAWARKAN

NAMA PROJEKBILANGAN UNITJAJAHANSTATUS
RMMK Meranti 59 Pasir Mas Dibuka
RMMK Badang 334 Kota Bharu Dibuka

(Klik nama projek untuk maklumat lanjut.)

Tarikh Kemaskini 21.11.2024

Hubungi Kami


Hubungi pihak kami untuk pertanyaan lanjut.

Tel : 09-748 1957
Sambungan : 2034 / 2004 / 2007

Email : bhgpr[a]kelantan.gov.my


Bahagian Perumahan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Aras Bawah Blok 2, Kompleks Kota Darul Naim

15503 Kota Bharu, Kelantan